Selasa, 1 Disember 2009

Kita Sebagai Hamba Kepada Allah S.W.T

adakah kita semua pernah terfikir macam mana kita hidup di dunia ini tanpa kebahagia,kekayaan,kemiskinan dan banyak lagi yang kita perlukan di dunia ini,kadang kala ketika saya berada dalam keseorangan atau pun termenung seketika,saya akan terfikir tentang hidup saya di dunia ini,adakah saya telah banyak beribadah kepadaNYA?adakah saya telah cukup untuk mendampingiNYA?mungkin itu hanyalah khayalan saya semata-mata tapi ada orang kata ia akan jadi kenyataan jika kita betul-betul percaya kepadaNYA.kehidupan saya sekarang betul-betul keseorangan tanpa siapa-siapa tapi apakah daya saya sebagai seorang hamba yang hanya menyerah kepadaNYA.saya rindu pada ibu Dan bapa saya yang telah meninggalkan saya di dunia ini buat selama-lamanya,saya kadang-kadang terfikir manakah saya hendak mencari kebahagia yang patuh saya merasai ketika ini?.saya ingin bertanya kepada semua pembaca,apa yang patuh saya buat sekarang?

Ahad, 15 November 2009

kehidupan kita akan berubah.

andai kita ini adalah insan biasa walaupun di mata orang kita ini adalah orang pandai,kaya,miskin,hina,pembohong,pencuri,bekas banduan or apa-apa saja kita tetap hamba kepada maha ESA.kita jangan pandang orang melalui darjat atau pangkat kerana ALLAH tidak akan menyanjung kepada mereka yang bersikap demikian,kehidupan yang ada pada kita sekarang mungkin akan berubah pada masa akan datang,mungkin orang yang kita pandang selama ini akan naik ke tempat kita dan kita akan rasa macam mana kehidupan mereka pada waktu kita berada di tempat kita dulu.kadang-kala aku berfikir kepada orang yang miskin atau hina sungguh susah mendapat pertolongan daripada kita walaupun kita mampu menolong mereka dalam macam-macam keadaan pun.adakah mereka ini sungguh hina di mata kita atau masyarakat?

Rabu, 21 Oktober 2009

ERTI Kasih Sayang

Pernahkah kita terfikir, kasih sayang yang kita berikan apakah ukuran yang boleh kita bandingkan. Tidak bukan?

Pernahkah kita terfikir, adakah kita sudah berikan kasih sayang yang sama apa yang telah kita terima.

Pernahkah kita terfikir, bahawa kasih sayang adalah tindakan dua pihak, yang memberi juga mahu menjadi penerima.

Apabila sudah sekian lama dikasihi, pernahkah kita terfikir, sudahkah cukup kita memberi apa yang telah diterima.

Harapan seorang yang mengasihi adalah mahu dikasihi kembali.
Harapan seorang yang menyayangi agar sentiasa turut disayangi kembali.
Ciuman kasih sayang perlu ada balasan.
Pelukan perlu ada pengertian.

Jangan biarkan kesedihan, jangan biarkan kesunyian.

Besar ertinya apabila ciuman diberi tanpa diminta.
Besar ertinya ucapan kasih sayang diucapkan bagai lama tidak berjumpa.
Besar ertinya gengaman tangan erat tanpa dilupa.

Sudahkan anda melakukannya pagi ini pada insan yang anda sayang...

Fikirkan sejenak. Insan yang kita sayang, entah esok entah lusa, entah hari ini, boleh pergi buat selamanya ...
Jangan jadi penyesalan ...

Selasa, 1 September 2009

Keseorangan....

ya ALLAH,adakah ke aku hanya seorang saja yang di uji dengan pelbagai dugaan yang telah ENGKAU turunkan kepada aku dan aku hanya Insan biasa yang memerlukan kasih sayang daripada ibubapa seperti manusia lain, ya ALLAH aku memohon keampunan MU dan ampunilah dosa-dosa ibubapaku yang telah pergi meninggalkan aku di dunia ini,aku tidak berkesempatan untuk melihat mereka, sewaktu mereka meninggal dunia di muka bumi ini.aku ingin berjumpa dengan mereka untuk kali terakhir jika diberi peluang untuk memohon maaf daripada ibubapa saya.

Aku adalah manusia biasa ya ALLAH,kenapa ENGKAU uji aku dengan dugaan yang begitu berat sehingga aku ingin membunuh diri aku tetapi aku bersyukur kepada MU ya ALLAH kerana aku dapat memeluk agama suci ini.walaupun sekarang aku tengah mengalirkan air mata kerana MU ya ALLAH,terima lah segala doa Dan taubat ku ya ALLAH,walaupun aku hanya manusia yang serba kekurangan, Aku memohon dengan MU ya ALLAH,berikan lah aku kekuatan untuk menempuhi semua dugaan MU ya ALLAH kerana aku hanya bertaqwa untuk MU ya ALLAH.tidak sedar dah 4 tahun aku bergelar seorang muslim.setiap tahun aku akan menangis mendengar tabir raya Dan mengenangkan nasib yang menimpa pada KU ya ALLAH,aku sentiasa ingin di belai oleh ibuku kerana aku ingin kasih sayang seperti anak yang lain untuk memohon keampunan kepada kedua-dua orang tua aku.

Tahun ini raya seperti biasa,aku akan solat sunat raya dan selepas itu aku akan balik rumah untuk rehat.aku tidak seperti manusia lain,aku lebih suka kurungkan diriKU daripada melihat aku menangis kerana simpati,ya ALLAH aku sentiasa tabah dengan semua dugaan MU ya ALLAH tetapi bilakah semua ini akan berakhir ya ALLAH?

Aku hanya mengharapkan sesuatu sahaja untuk raya iaitu kasih sayang daripada ibubapaKU..
ya ALLAH,aku memohon kepada MU agar letak lah kedua-dua ibubapa KU di tempat yang orang yang beriman Dan aku memohon kepada MU agar ampunilah segala dosa-dosa mereka ya ALLAH.amin.

Isnin, 15 Jun 2009

Buat Ibuku....

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak call Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
Bolehkah kamu hargai mak kamu?
TAKZIAH BUAT IBUKU N SELAMAT HARI LAHIR BUAT IBUKU,AMPUNKAN SEGALA DOSA KU..

Jumaat, 1 Mei 2009

saya yang kesepian..........

Assalamualaikum semua pembaca....hari ini telah habis exam untuk sem ke 2 saya dan saya telah mencari kerja untuk mencari duit makanan untuk sem depan,setiap sem budak-budak unisel atau member-member saya akan bertanya dengan saya "bila balik kampung?",saya akan cakap dengan diorang yang saya tak balik kampung dan nak cari kerja kat KL atau pun di mana-mana tempat yang ada pemgambil pekerja.Saya kadang-kadang teringat dengan nasib saya ini,mengapa orang lain boleh balik kampung dan jumpa family mereka tapi saya susah sangat nak jumpa balik family saya sedangkan saya pun anak yang perlukan keluarga dan ibubapa seperti mereka juga.Apakah ini adalah balasan untuk saya kerana dulu saya selalu melawan ibubapa saya dan adakah ini dugaan untuk semua orang yang baru memeluk islam??saya ingin kembali kebahagian dan kegembiraan yang pernah saya alami seperti dulu.ermm...saya mungkin tak dapat jumpa kedua-dua ibubapa saya tapi saya ingin jumpa semua adik-beradik saya untuk memenuhi tanggungjawab saya sebagai abang yang sulung.setiap hari saya menangis kerana mengenang nasib saya yang malang ini.Kadang-kadang saya bertanya kepada diri sendiri adakah saya dapat mengatasi semua dugaan dan cabaran yang diberiNYA?adakah kehidupan saya akan bertukar nanti?saya ingin jawapan itu tetapi saya kena sabar untuk menghadapi semua dugaan yang saya patuh tempuhi untuk kehidupan yang akan datang.Mungkin banyak orang yang fikir saya hanya menulis blog ini kerana minta simpati tetapi saya bukan menulis blog ini kerana simpati tetapi ingin memberi tahu bahawa ALLAH S.W.T itu adalah tuhan yang MAHA ADIL DAN MAHA ESA,saya menulis blog ini kerana ingin memberi kesedaran kepada semua orang islam yang tersalah jalan,saya ingin mereka kembali ke pangkal jalan yang benar.

Khamis, 9 April 2009

aku bukan yang dulu lagi......

salam buat semua pembaca blog ini....sekali lagi saya ingin berkongsi tentang diri saya dengan semua pembaca...kehidupan saya dulu adalah sangat senang dan family saya hanya mengikut kehendak saya kerana saya adalah anak tunggal dalam family saya,ayah saya adalah businnesman dari beijing sampai ke malaysia,so oleh kerana saya terlalu di manjakan hingga saya sendiri tidak tahu untuk mencuci baju saya sendiri,mungkin semua pembaca akan fikir yang saya ini adalah anak yang tak pandai berdekari tetapi memang benar apa sangkaan semua pembaca,kadang-kadang saya terfikir juga hendak berdekari tapi saya tak dapat buat kerana saya tidak tahu buat.oleh kerana saya ini terlalu di manjakan sampai apa saja di minta akan dapat pada hari yang di janji kan.tetapi selepas saya memeluk islam pada usia muda saya(17 tahun)saya telah banyak mempelajari tentang hidup dan dunia dan saya dah tahu kenapa saya kena berdekari untuk meneruskan hidup saya sebab ayah dan mak tak akan berkekalan hingga akhirat hayat sebab tu lah ALLAH S.W.T telah menguji ketabahan saya dan kesabaran saya.walaupun hidup saya sekarang bukan macam dulu lagi tetapi saya dapat berdekari tanpa pertolongan orang,saya bukan minta simpati kepada semua pembaca blog ini tetapi saya hanya nak berkongsi apa yang saya lalui dan apakah ujian ALLAH S.W.T telah berikan kepada saya.