ya ALLAH,adakah ke aku hanya seorang saja yang di uji dengan pelbagai dugaan yang telah ENGKAU turunkan kepada aku dan aku hanya Insan biasa yang memerlukan kasih sayang daripada ibubapa seperti manusia lain, ya ALLAH aku memohon keampunan MU dan ampunilah dosa-dosa ibubapaku yang telah pergi meninggalkan aku di dunia ini,aku tidak berkesempatan untuk melihat mereka, sewaktu mereka meninggal dunia di muka bumi ini.aku ingin berjumpa dengan mereka untuk kali terakhir jika diberi peluang untuk memohon maaf daripada ibubapa saya.
Aku adalah manusia biasa ya ALLAH,kenapa ENGKAU uji aku dengan dugaan yang begitu berat sehingga aku ingin membunuh diri aku tetapi aku bersyukur kepada MU ya ALLAH kerana aku dapat memeluk agama suci ini.walaupun sekarang aku tengah mengalirkan air mata kerana MU ya ALLAH,terima lah segala doa Dan taubat ku ya ALLAH,walaupun aku hanya manusia yang serba kekurangan, Aku memohon dengan MU ya ALLAH,berikan lah aku kekuatan untuk menempuhi semua dugaan MU ya ALLAH kerana aku hanya bertaqwa untuk MU ya ALLAH.tidak sedar dah 4 tahun aku bergelar seorang muslim.setiap tahun aku akan menangis mendengar tabir raya Dan mengenangkan nasib yang menimpa pada KU ya ALLAH,aku sentiasa ingin di belai oleh ibuku kerana aku ingin kasih sayang seperti anak yang lain untuk memohon keampunan kepada kedua-dua orang tua aku.
Tahun ini raya seperti biasa,aku akan solat sunat raya dan selepas itu aku akan balik rumah untuk rehat.aku tidak seperti manusia lain,aku lebih suka kurungkan diriKU daripada melihat aku menangis kerana simpati,ya ALLAH aku sentiasa tabah dengan semua dugaan MU ya ALLAH tetapi bilakah semua ini akan berakhir ya ALLAH?
Aku hanya mengharapkan sesuatu sahaja untuk raya iaitu kasih sayang daripada ibubapaKU..
ya ALLAH,aku memohon kepada MU agar letak lah kedua-dua ibubapa KU di tempat yang orang yang beriman Dan aku memohon kepada MU agar ampunilah segala dosa-dosa mereka ya ALLAH.amin.
Selasa, 1 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
insyaallah.. ada hikmah disebalik semua ni.
BalasPadaminsyaallah...boy hanya mampu untuk berdoa saja..
BalasPadamsmoga roh mak n ayah iz ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan beramal solleh..ape yang berlaku itu smua adalah qada' n qadar ALLAH..kita sebangai hambanya kena redha dgn sgala ujian yang diturunkan wat kita..ada hikmah disebalik apa yang berlaku..papepun lin tetap sokong iz dari belakang..pesan lin...jangan lupa solat, banyakkan berdoa n ingat Allah yang maha ESA..bkn iz sorg yang di uji...ramai lg di luar sana yang di uji dengan pelbagai ujian yang lagi besar..bersyukurlah kita dengan apa yang di kurniakan..berbanyakkanlah bersabar menghadapi ujian ini..yang penting Iz kena Redha Ok..berdoalah agar hari esk lebih baik dari hari ini...
BalasPadambismillah...
BalasPadamselawat dan salam untuk rasul...
jua salam ketabahan utk boychua....
moga segala ketabahan dan pengorbanan memilih islam sbg addin akan menjadi penawar dlm menghadapi liku2 hdp ini...
kekadang allah menguji hanya utk memantapkan hati d samping melihat sejauh mn benar2 kita redha dgn apa yg kita lafaz kn..smuanya terletak di hati kecil..walau tiada siapa yang tahu tp allah mampu membacanya...
"tiada yang lbh baik ketika di uji selain kesabaran dan perkara yg lbh baik dr kesabaran adalah keredhaan krn org bsabar kadangkala blm tentu redha namun org yg redha insyaallah sentiasa sabar"
mohonlah kekuatan ketika diuji utk menghadapi segala ketentuannya,jgn dikurangkn ujian kerana dlm stiap ujian pasti ada hikmah dan ganjarannya.....insyaallah
wslm
p/s :bro boychua maaf klu ade kata2 yang x sedap d dgr....ini cm luahan hati utk mu,jua doa sbg
seorg sahabat..heeee maaf klu terlbh berkata2...